Sunday, 23 December 2012

Back To School bebeh!

Lagi berapa hari je nak sekolah kan? Uhmmm wait wait, salah bukan berapa hari tapi berapa minggu. Lol next week last cuti (rasanya lah) tapi barang sekolah belum beli lagi. Mwahahahahahah hebat tak hebat? xD Senang citer persiapan untuk sekolah tu langsung takda! Bila tanya Mama bila nak beli baju, Mama kata nanti nanti. So saya pun diam jelah. Rasanya sekolah nnt takda apa yang baru. Cuma uniform sekolah and kasut jelah kot. Barang barang cam beg, alat tulis tu ada lagi. Tak membazir pun. And, tak sabar gila nak jumpa Nadia! Urghhh rindu tahap infiniti ni. Kitorang dah berjanji setia untuk duduk sebelah sebelah. Awww I love you Nad :* Itu je sebab nak sekolah; jumpa kawan kawan.......Oh yes next year saya dah 17 tahun. So makna nya, saya akan menduduki peperiksaan SPM :{ Takut pun ada mehh~ 

Nak score Prinsip Akaun and Addmath tu memang susah sangat :( Kalau dapat 40 tuu dah kira genius sangat ah. Jangan lah tanya saya punya berapa........memang ke laut lah jawabnya. Perdagangan lagi. Itu tak kesah sbb takda nombor nombor. Cuba bayangkan satu hari tu jadual belajar PA and Addmath? Haaaa memang mata ni ada gambar duit jelah....Pening woiii! Dah lah takmo cakap pasal ni, seksa jiwa tau! Insya Allah, tahun depan saya kurangkan online, lagi lagi kat Twitter. Pengaruh buruk betul. Hahahahah. Yelah nak SPM T^T So sampai sini je 'luahan perasaan' saya. Sekian......xxx

Tuesday, 27 November 2012

Rindu Sekolah.

Assalamualaikum and good morning.
Sekarang dah masuk bulan 11 kan? And bulan 12 pun lagi berapa hari je. Ok dah rindu gila dengan sekolah T.T Teringat dulu-dulu awal tahun naik Form 4. Comel je :3 Sekejap je masa berlalu, dah nak masuk Form 5. Spm pula tuu~ Takut weh takut. Tahun depan dah last sekolah kat SMK Sijangkang Jaya. Haha seronok juga dapat keluar dari 'penjara' tu. Teringat pula time form 1,2,3, and 4. Banyak sangat kenangan! Okay kita cerita dulu time saya form 1.

FORM 1.
Haaa time ni memang laka-laka gila bila teringat. Apa ingat dulu saya nerd ke? Nooonoo, asal masuk kelas lambat je muka saya, ponteng kelas semua muka saya and the geng. Walaupun kelas 1 Amal, kelas yang first, eh jap jap. Sebelum masuk 1 Amal, saya kelas 1Efisein and rombak lagi 1 Bestari baru masuk 1 Amal. Uhuk uhuk pandainya saya :3 Ni lah first time kenal Syira Syiro. Bestfriend sampai sekarang. Nama dia Nour Insyirah Naura. Unik kan nama dia? Lagi kawan saya, Im Shyu Rriz Tzar and Aimi Najwa. Diorang ni jelah kawan saya time tu. Tapi kalau rehat, saya rehat dengan cousin, Siti Nursyuhada. Haaa start kawan dengan dia, saya memang 'bad girl' gila. Datang sekolah pukul 12:30, masuk kelas pukul 1 atau 2. Hahah nampak tak betapa jahatnya saya? Dalam buku kesalahan, kekadang nama saya pun banyak gak. Haha. And lagi satu kenangan yang sangat-sangat indah~ *bunga jatuh* ingat saya takda crush ke dulu? :P Nama dia Zukarnain. Hahahahh k dia ni comel gila! Sekelas dengan saya. Kami sama jalan. Dia ni pendiam sangat >.< Sebabtu ah saya suka. Macam misteri pastu diam comel. Ahhh melting~ Saya TAK PERNAH cakap dengan dia! Seumur hidup, tak pernah ckp! Kekadang kalau balik rumah cepat, saya mesti intai Zul ni dari tingkap. Maklumlah kitorang rumah sejalan. Hakhak gediknya. Well, tak banyak cerita sangatlah. K jom masuk form 2 :D

FORM 2.
Tahun 2010 ni saya baik sikit. Taklah jahat sangat :p Tapi...tapi...saya turun kelas. Dari kelas 1 Amal, saya jadi 2 Cemerlang. Ni mesti kes banyak sangat main. Syira stay Amal. Saya, Aimi and Im turun kelas T.T Nasib baik kelas yang sama. Duduk pun depan. Hahahah. Awal-awal tahun ni tak best sangat. Zukarnain pun stay Amal. So, dah tak jumpa dia lagi. Bosan. Masuk bulan 5, (rasa nya lah) saya gaduh dengan Im. Lol takyah tahu kenapa. Saya pun dah tak ingat. Kalau dah gaduh takkan nak duduk sebelah-sebelah kan? Gila apa. Saya duduk belakang dengan Lina and Pika. Nasib baik diorang terima. Memula mmg banyak 'halangan' nak duduk blkg. And saya kenal Afiqah. Baru happy sikit. Saya pun dah mula rapat dengan Amirul, Hatta lagi sapa tah nama tak ingat -__- Sejak kawan dengan Lina, Pika, Afiqah ni saya jadi budak paling bising dalam kelas. Haihhh pengaruh buruk betul :D Form 2 lah saya start suka dengan sorang mamat ni, Zulkhairi namanya. Tapi..........dia suka orang lain *patah seribu* okay tutup cerita. Form 2 jugalah tahun 'sakai' bagi saya. Hahahahah saya bajet gangster. Ppppuuiihh! 

FORM 3.
Masuk form 3 dah sesi pagi. Rasa awkward gak ah bangun pepagi ._. Like usually, mama and ayah tak hantar saya kesekolah. Masa form 2 pun saya naik bas. Kata Mama, form 3 nanti pun naik bas. Gila apa?! Kena bangun awal pukul 5. Tak sanggup T.T So, saya and my sister, Angah (form 5) naiklah dengan cousin.  Lagi sekali, saya turun kelas. Dari 2 Cemerlang turun ke 3 Efisien. Bersama dengan Afiqah. Lina and Pika stay Cemerlang. Masuk kelas 3Efisien BANYAK sangat kenangan buruk and baik. But rasanya lah Kenangan Indah banyak sangat. Saya mula kenal dengan Adibah. Love youuu :* Kenal dengan Taufiq, Zulfadhli, Hafizi, Arwah Asyraf, Faris, Afzan and many more! Kalau dengan perempuan tu tak ramai. Time ni lah ada budak baru dari Kelantan masuk kelas saya. Namanya Idayu. Ayu orang panggil. Bestfriend. Saya, Afiqah, Dibah and Ayu. Rehat sama, balik pun sama. Kitorang bukan 'Sehidup Semati' tapi 'Sehidup Sepengsan' hahahah comel. Tahun 2011 jugalah saya pindah rumah. Dari Jalan Rajawali masuk ke Jalan Balam. Pelusuk dunia tu! .__. Family stay dalam rumah sewa, walaupun agak sempit, and saya rasa sangat tak selesa. Tapi terpaksa juga. Lama-lama saya okaylah stay situ. At the same time, rumah baru belum siap. Mungkin ambil masa setahun duduk situ. Tak kesahlah. Memang penat gila susun barang rumah! Hari Raya pun sederhana je. Kawan-kawan still datang. Taufiq, Zulfadhli, Hafizi, Arwah Asyraf, Afiqah and Dibah datang raya time tu. Memula memang tak sangka sangka gila. Then, Taufiq called kata nak datang. Memang gelabah gila time tu! Terkejut gak ah bila nampak Arwah Acap ada sekali. Sbb kitorang taklah rapat sgt. Masuk bulan 9, rumah baru pun dah siap. PMR lagi berapa hari je. Memang pening. Nak kemas barang lagi, nak study lagi. Tapi mama bagi greenlight takyah tolong. Study je. Lagi satu kejadian yang sangat menyakitkan hati, IC saya hilang. Dahlah esok nak PMR. Gila betul! Buat report polis, ada surat dari polis. So boleh exam macam biasa. Tapi pengawas peperiksaan selalu tanya. 'Kenapa ic boleh hilang?' 'Hilang kat mana?' 'Mana ic awak?' Errrr dah cakap hari-hari pun still tak faham bahasa lagi. Seminggu exam, broadband memang ayah taknak bayar. Tak online lah 2 minggu. Dulu kan zaman Facebook :p Habis je exam, HOORAYYY! Facebook lah hari-hari. Twitter ada tapi sangat jarang online situ. And dari facebook gak ah saya kenal dengan ehem ehem. Nama dia Na.....im. >.< *gedik zone* Wa sayang lu :* And saya pun mula rapat dengan Arwah Asyraf. Chat comment semuanya lah. Rindu :'/ Satu hari ni family nk buat kenduri doa selamat. Sebab dah pindah rumah baru. And saya bagitau Arwah Asyraf, alah ajak-ajak ayam katanya. Arwah kata, okay insya-Allah dia datang. Nasib baik dia tahu rumah saya (mesti Afzan bagitau dia) :P Pada 25 December 2011, Arwah datang with his friend. Memang terkejut gila ah! Tk sangka dia dtg. *muka terharu* Dibah Pika pun dah balik. Aku suruh tunggu, diorang pi balik. Haihh mmg awkward gila masa cakap dgn dia. Malu k time tu :3 Kalau mama suruh tolong kan, mesti dia ckp 'Alah tetamu datang kena layan, mana boleh pergi mana-2' Well, haha cute what :,D Al-Fatihah for Arwah Amirul Asyraf bin Misnan :,/

FORM 4.
Okay tahun ni tahun 'Honey Moon' lol katanya -_- Haih this year banyak sangat kenangan sedih :,/ Syira Pika Dibah and Inah pindah sekolah :( Arwah Asyraf juga telah meninggal dunia pada 24 Mac 2012. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa sedihnya saya time tu :,( Bila kawan-kawan dah pergi sekolah lain, urghhhh bosan gila! Terpaksa cari kawan baru. Sampai hati korang tinggalkan aku en? Tsk tsk T.T Nasib baik cousin aku ada, Syuhada. Duduk jelah sebelah dia. Sebelum Arwah meninggal, dia kelas 4PA1 juga. Same with me . Tapi Arwah juga pindah :,( Masuk je kelas 4PA1, hahahhahahh mcm orang baru pula. Saya langsung tk kenal kawan-kawan saya. Tapi kena kenal juga. Duduk dalam 4PA1 ni 2 tahun -__- Tahun depan saya 5PA1. Saya mula rapat dengan Qirah, Tashvina, Nurin, Nadia and ramai lagi. Lagi satu budak laki kelas ni sangat tidak best! Tak sporting langsung! Akhirnya saya kawan rapat dengan Nadia. Rehat dengan dia, balik pun sama. Pernah sekali tu kitorang ponteng lepak rumah dia. Wkwkwkwk xD Last day sekolah masatu dia cakap 'Umi, tahun depan aku nak duduk sebelah kau! Aku dah cop dulu!' Hahahah comelnya dia :D Tahun ni juga, tahun yang 'menyeramkan' ~ Nak tahu kenapa? HISTERIA~ Ingat balik rasa seram doh. Jerit sana sini. Sampai masuk suratkhabar. 2 minggu juga kejadian tu berlarutan. Nak exam pun tak senang. Ada je orang jerit. Perempuan lah yang kena, lelaki takda. Saya pernah kena sekali. Tapi taklah teruk sangat. Well, lemah semangat katanya :P Then sekolah dicutikan selama 2 hari. Cikgu and ustaz nak 'bersihkan' sekolah tu. Ingatkan dah selesai. Tapi next week, still ada lagi. Ada yang buat main-main. Lagi-lagi kelas 5 MPV, dahlah semua lelaki, kekadang kalau tengah belajar, ada orang jerit, mesti diorang yang jerit main-main. Hahahah lawak juga ah :D Tahun ni tak best sangat. Semua kawan baik saya dah takda. Kalau nak menggila tu susah. Sebenarnya banyak lagi, tapi malaslah nak cerita semua :)

Okay got to go now. Assalamualaikum xx.


Wednesday, 10 October 2012

Examination week.

Assalamualaikum and very good morning.
Lol this week dah start exam Prinsip Akaun. Haiiyaa, too many formula kena hafal. Akaun this, akaun that. Tak cerita lagi Folio Akaun -___- Boleh explode otak aku macamni. Nasib baik, tadi malam dah separuh siap buat dokumen. And another thing is, exam PA dah habis! Fuhh lega. Taktahu lah markah macam mana. Kelaut agaknya. Muka tension je time jawab Kertas 2. Paper 1 bolehlah pichuu pichuu jawapan. Next week baru seminggu exam. Minggu ni hanya Exam PA sahaja! And the most important, Isnin Selasa Khamis cuti :D Thanks God! Bolehlah lepak kat Twitter lama-lama. Harini update blog pun sebab dah terlalu bosan. Dah berkurun lamanya aku tak sentuh blog ni. Agak dalam 3 bulan maybe...Harini Khamis and esok Jumaat. Dan kena sekolah -___- Malasnya.... Confirm Mama tak bagi. Rasanya kalau aku cuti lagi, dapat surat amaran kot xD Kawan semua dah dapat. Well aku kan baik budaknya *cough* *flips hair* 
Lepas terlepas dari azab Prinsip Akaun, Addmath pula T.T Kena study hard gila ni. Walaupun tak akan dapat A or B maybe C . Asalkan lulus. Then Sejarah kertas 3. Memang pening bila fikirkan . Budak 1996 macam aku ni memang dah tak boleh terima homework yang berlambak cikgu bagi. Ahh :( *cedih* Bahasa Malaysia pun aku tak peduli sangat. Dah pandai kan? xD *perasan* Agama, Perdagangan, Mathematics... Ohh ya mathematics juga dalam list "CUKUP CUKUP MAKAN" What else? Science? Noo tak boleh, kena dapat B or maybe A. Kata Mama, kalau aku dapat semua A, GALAXY NOTE dalam tangan! Ahhh, mustahil lah nak dapat straight A's . Nak dapat B pun belum tentu. Hahahah chill lah PAT je pun :D Kkkk, got to go. Harini skema sikit cerita pasal pelajaran. lol.

Wednesday, 25 July 2012

I'm Sorry.

Assalamualaikum...
Aku minta maaf apa yang aku dah buat kat kau. Aku tahu aku salah. Tak jawab call kau, ignore text kau. Kau nak tahu kenapa? Sebab aku rasa sedih bila kau nak pindah sekolah. Aku tak tahu kenapa aku tak dapat sekolah teknik dulu. Tapi kau dapat. Berat sangat hati aku nak lepaskan kau pergi. Yes maybe depan kau , aku senyum ketawa tapi hati aku tak boleh nak tengok kau pergi. Aku masih sayangkan kau.
Afiqah.....Adibah
Aku sayang korang sangat. Tapi maybe aku ego. Aku tknk kawan dengan korang, aku jealous sebenarnya tengok korang dah ada kawan baru. Kalau boleh aku tknk korang pergi dari sekolah SMKSJ tuu. Aku nak macam time form3 dulu. Time kita sama-sama lepak. Then, masuk tahun 2012 korang cakap , korang dapat masuk sekolah Kajang. Syira Lissa pun dapat. Dalam hati aku cakap "Tolonglah jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan aku." Tapi apa yang mampu aku buat, aku menangis dalam bilik. Aku paksa juga diri aku untuk lepaskan korang pergi. Okay maybe aku mengada-ngada but boleh tak kau terfikir , bila 4 kawan baik aku semua dah pindah sekolah? Aku rindukan korang. Tapi aku malu nak cakap. 

Then masa cuti 2 minggu tuu, aku harap sangat nak jumpa korang. Nak borak-borak dgn korang. Tapi korang text/call pun tak.Takkanlah aku nak paksa korang dtg rumah aku kan? Rumah aku jauh. Aku taknak korang penat. Bila aku text, korang balas pun macam nak taknak. Sedih aku. Maybe aku ni bodoh sangat. Kacau dengan kehidupan korang . Korang dah ada kawan baru. Aku ni cuma penyibuk. Aku takut bila aku text/call korang, korang akn fikir yang aku ni busy body. Aku tunggu lagi 1 minggu. Takda call or text dari korang. Maybe korang semua busy dengan assignment . Aku tknk kacau. Isnin......Selasa.....Rabu.....Khamis.... Jumaat......Sabtu Ahad....... Aku masih lagi tunggu. Tapi takda. Hmmm, maybe diorang dah lupa kan aku.....

I'm sorry friend 
I don't know what to do
I try so hard
to be a better person to you 
I screw up a lot 
and I ignore you too
I don't know why 
but I still love ..........
I look at you and smile, because I haven't seen you in a while. 
The distance is tearing us apart. 
But I can hold the memories in heart. 
I hate being this far away. 
I feel like I can't ..........

Friday, 8 June 2012

Thank You.

Assalamualaikum Directioner :)
Cepatnya masa berlalu . Harini hari Jumaat.Dan.... minggu depan sekolah . Rasanya baru cuti jee kan? Hishh kerja sekolah pun belum buat lagi. Elehhh kerja Addmath je pon . *baling kerusi* Addmath susah tauu tak? Cikgu Rosdi suruh buat chapter 3,4,and 5. LOL chapter 1,2 pun saya belum buat lagi. Macam kata Tasha "Cikgu tanda buku aku kosong macamtuw jugaklah aku bagi cikgu nnt" Hahahha kejam kauuu do xD Haha sepsep :* Dah lah dah lah takmo cerita pasal sekolah lagi . Tak shonok *lap air mata* Ahhhhh tengok gambar di atas! *kenyit mata* Nampak tak future husband saya? Alah yang pakai baju merah tuw lah ;) 
"Thank you for all the laugh and the tears .You're given me a lot of great memories to remember"
"Thank you for being true to yourselves .I love you"
 "Thank you for making me laugh when nobody else can"
THANK YOU.