Tuesday, 27 November 2012

Rindu Sekolah.

Assalamualaikum and good morning.
Sekarang dah masuk bulan 11 kan? And bulan 12 pun lagi berapa hari je. Ok dah rindu gila dengan sekolah T.T Teringat dulu-dulu awal tahun naik Form 4. Comel je :3 Sekejap je masa berlalu, dah nak masuk Form 5. Spm pula tuu~ Takut weh takut. Tahun depan dah last sekolah kat SMK Sijangkang Jaya. Haha seronok juga dapat keluar dari 'penjara' tu. Teringat pula time form 1,2,3, and 4. Banyak sangat kenangan! Okay kita cerita dulu time saya form 1.

FORM 1.
Haaa time ni memang laka-laka gila bila teringat. Apa ingat dulu saya nerd ke? Nooonoo, asal masuk kelas lambat je muka saya, ponteng kelas semua muka saya and the geng. Walaupun kelas 1 Amal, kelas yang first, eh jap jap. Sebelum masuk 1 Amal, saya kelas 1Efisein and rombak lagi 1 Bestari baru masuk 1 Amal. Uhuk uhuk pandainya saya :3 Ni lah first time kenal Syira Syiro. Bestfriend sampai sekarang. Nama dia Nour Insyirah Naura. Unik kan nama dia? Lagi kawan saya, Im Shyu Rriz Tzar and Aimi Najwa. Diorang ni jelah kawan saya time tu. Tapi kalau rehat, saya rehat dengan cousin, Siti Nursyuhada. Haaa start kawan dengan dia, saya memang 'bad girl' gila. Datang sekolah pukul 12:30, masuk kelas pukul 1 atau 2. Hahah nampak tak betapa jahatnya saya? Dalam buku kesalahan, kekadang nama saya pun banyak gak. Haha. And lagi satu kenangan yang sangat-sangat indah~ *bunga jatuh* ingat saya takda crush ke dulu? :P Nama dia Zukarnain. Hahahahh k dia ni comel gila! Sekelas dengan saya. Kami sama jalan. Dia ni pendiam sangat >.< Sebabtu ah saya suka. Macam misteri pastu diam comel. Ahhh melting~ Saya TAK PERNAH cakap dengan dia! Seumur hidup, tak pernah ckp! Kekadang kalau balik rumah cepat, saya mesti intai Zul ni dari tingkap. Maklumlah kitorang rumah sejalan. Hakhak gediknya. Well, tak banyak cerita sangatlah. K jom masuk form 2 :D

FORM 2.
Tahun 2010 ni saya baik sikit. Taklah jahat sangat :p Tapi...tapi...saya turun kelas. Dari kelas 1 Amal, saya jadi 2 Cemerlang. Ni mesti kes banyak sangat main. Syira stay Amal. Saya, Aimi and Im turun kelas T.T Nasib baik kelas yang sama. Duduk pun depan. Hahahah. Awal-awal tahun ni tak best sangat. Zukarnain pun stay Amal. So, dah tak jumpa dia lagi. Bosan. Masuk bulan 5, (rasa nya lah) saya gaduh dengan Im. Lol takyah tahu kenapa. Saya pun dah tak ingat. Kalau dah gaduh takkan nak duduk sebelah-sebelah kan? Gila apa. Saya duduk belakang dengan Lina and Pika. Nasib baik diorang terima. Memula mmg banyak 'halangan' nak duduk blkg. And saya kenal Afiqah. Baru happy sikit. Saya pun dah mula rapat dengan Amirul, Hatta lagi sapa tah nama tak ingat -__- Sejak kawan dengan Lina, Pika, Afiqah ni saya jadi budak paling bising dalam kelas. Haihhh pengaruh buruk betul :D Form 2 lah saya start suka dengan sorang mamat ni, Zulkhairi namanya. Tapi..........dia suka orang lain *patah seribu* okay tutup cerita. Form 2 jugalah tahun 'sakai' bagi saya. Hahahahah saya bajet gangster. Ppppuuiihh! 

FORM 3.
Masuk form 3 dah sesi pagi. Rasa awkward gak ah bangun pepagi ._. Like usually, mama and ayah tak hantar saya kesekolah. Masa form 2 pun saya naik bas. Kata Mama, form 3 nanti pun naik bas. Gila apa?! Kena bangun awal pukul 5. Tak sanggup T.T So, saya and my sister, Angah (form 5) naiklah dengan cousin.  Lagi sekali, saya turun kelas. Dari 2 Cemerlang turun ke 3 Efisien. Bersama dengan Afiqah. Lina and Pika stay Cemerlang. Masuk kelas 3Efisien BANYAK sangat kenangan buruk and baik. But rasanya lah Kenangan Indah banyak sangat. Saya mula kenal dengan Adibah. Love youuu :* Kenal dengan Taufiq, Zulfadhli, Hafizi, Arwah Asyraf, Faris, Afzan and many more! Kalau dengan perempuan tu tak ramai. Time ni lah ada budak baru dari Kelantan masuk kelas saya. Namanya Idayu. Ayu orang panggil. Bestfriend. Saya, Afiqah, Dibah and Ayu. Rehat sama, balik pun sama. Kitorang bukan 'Sehidup Semati' tapi 'Sehidup Sepengsan' hahahah comel. Tahun 2011 jugalah saya pindah rumah. Dari Jalan Rajawali masuk ke Jalan Balam. Pelusuk dunia tu! .__. Family stay dalam rumah sewa, walaupun agak sempit, and saya rasa sangat tak selesa. Tapi terpaksa juga. Lama-lama saya okaylah stay situ. At the same time, rumah baru belum siap. Mungkin ambil masa setahun duduk situ. Tak kesahlah. Memang penat gila susun barang rumah! Hari Raya pun sederhana je. Kawan-kawan still datang. Taufiq, Zulfadhli, Hafizi, Arwah Asyraf, Afiqah and Dibah datang raya time tu. Memula memang tak sangka sangka gila. Then, Taufiq called kata nak datang. Memang gelabah gila time tu! Terkejut gak ah bila nampak Arwah Acap ada sekali. Sbb kitorang taklah rapat sgt. Masuk bulan 9, rumah baru pun dah siap. PMR lagi berapa hari je. Memang pening. Nak kemas barang lagi, nak study lagi. Tapi mama bagi greenlight takyah tolong. Study je. Lagi satu kejadian yang sangat menyakitkan hati, IC saya hilang. Dahlah esok nak PMR. Gila betul! Buat report polis, ada surat dari polis. So boleh exam macam biasa. Tapi pengawas peperiksaan selalu tanya. 'Kenapa ic boleh hilang?' 'Hilang kat mana?' 'Mana ic awak?' Errrr dah cakap hari-hari pun still tak faham bahasa lagi. Seminggu exam, broadband memang ayah taknak bayar. Tak online lah 2 minggu. Dulu kan zaman Facebook :p Habis je exam, HOORAYYY! Facebook lah hari-hari. Twitter ada tapi sangat jarang online situ. And dari facebook gak ah saya kenal dengan ehem ehem. Nama dia Na.....im. >.< *gedik zone* Wa sayang lu :* And saya pun mula rapat dengan Arwah Asyraf. Chat comment semuanya lah. Rindu :'/ Satu hari ni family nk buat kenduri doa selamat. Sebab dah pindah rumah baru. And saya bagitau Arwah Asyraf, alah ajak-ajak ayam katanya. Arwah kata, okay insya-Allah dia datang. Nasib baik dia tahu rumah saya (mesti Afzan bagitau dia) :P Pada 25 December 2011, Arwah datang with his friend. Memang terkejut gila ah! Tk sangka dia dtg. *muka terharu* Dibah Pika pun dah balik. Aku suruh tunggu, diorang pi balik. Haihh mmg awkward gila masa cakap dgn dia. Malu k time tu :3 Kalau mama suruh tolong kan, mesti dia ckp 'Alah tetamu datang kena layan, mana boleh pergi mana-2' Well, haha cute what :,D Al-Fatihah for Arwah Amirul Asyraf bin Misnan :,/

FORM 4.
Okay tahun ni tahun 'Honey Moon' lol katanya -_- Haih this year banyak sangat kenangan sedih :,/ Syira Pika Dibah and Inah pindah sekolah :( Arwah Asyraf juga telah meninggal dunia pada 24 Mac 2012. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa sedihnya saya time tu :,( Bila kawan-kawan dah pergi sekolah lain, urghhhh bosan gila! Terpaksa cari kawan baru. Sampai hati korang tinggalkan aku en? Tsk tsk T.T Nasib baik cousin aku ada, Syuhada. Duduk jelah sebelah dia. Sebelum Arwah meninggal, dia kelas 4PA1 juga. Same with me . Tapi Arwah juga pindah :,( Masuk je kelas 4PA1, hahahhahahh mcm orang baru pula. Saya langsung tk kenal kawan-kawan saya. Tapi kena kenal juga. Duduk dalam 4PA1 ni 2 tahun -__- Tahun depan saya 5PA1. Saya mula rapat dengan Qirah, Tashvina, Nurin, Nadia and ramai lagi. Lagi satu budak laki kelas ni sangat tidak best! Tak sporting langsung! Akhirnya saya kawan rapat dengan Nadia. Rehat dengan dia, balik pun sama. Pernah sekali tu kitorang ponteng lepak rumah dia. Wkwkwkwk xD Last day sekolah masatu dia cakap 'Umi, tahun depan aku nak duduk sebelah kau! Aku dah cop dulu!' Hahahah comelnya dia :D Tahun ni juga, tahun yang 'menyeramkan' ~ Nak tahu kenapa? HISTERIA~ Ingat balik rasa seram doh. Jerit sana sini. Sampai masuk suratkhabar. 2 minggu juga kejadian tu berlarutan. Nak exam pun tak senang. Ada je orang jerit. Perempuan lah yang kena, lelaki takda. Saya pernah kena sekali. Tapi taklah teruk sangat. Well, lemah semangat katanya :P Then sekolah dicutikan selama 2 hari. Cikgu and ustaz nak 'bersihkan' sekolah tu. Ingatkan dah selesai. Tapi next week, still ada lagi. Ada yang buat main-main. Lagi-lagi kelas 5 MPV, dahlah semua lelaki, kekadang kalau tengah belajar, ada orang jerit, mesti diorang yang jerit main-main. Hahahah lawak juga ah :D Tahun ni tak best sangat. Semua kawan baik saya dah takda. Kalau nak menggila tu susah. Sebenarnya banyak lagi, tapi malaslah nak cerita semua :)

Okay got to go now. Assalamualaikum xx.